WACANA PEMIKIRAN ANAK MUDA UNIKL

Program Wacana Pemikiran Anak Muda UniKL telah pun melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Program 3 hari 2 malam bermula dari 8 September hingga 10 September 2017 yang bertempat di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang ini telah pun berlangsung dengan jayanya.

Seramai 250 peserta mahasiswa daripada UniKL seluruh Malaysia telah menghantar wakil mereka untuk bersama-sama mengikut program yang mencakna minda dan mengembangkan idea-idea kreatif dan inovatif untuk menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan datang.

(Gambar program boleh lawati Facebook Fanpage 'The President Of Nadi Rakyat')

Barisan pemimpin-pemimpin hebat juga turut melapangkan masa bersama-sama anak muda mahasiswa ini untuk berkongsi kisah dan perjuangan mereka.

Antara nama-nama besar yang hadir seperti; YB Dato' Seri Isnail Sabri (Menteri KKLW), YB Dato' Jazlan (Timb. Menteri KKLW), Dato' Armand Azha (Exco Pemuda Malaysia), Dato' Sri Jamal Md. Yunos (Ketua UMNO Sungai Besar), Tan Sri Annuar Musa (bekas Pengerusi MARA), dan beberapa lagi nama besar negara.

Harapan semoga program seperti ini akan diteruskan diserata negara kerap disebut oleh peserta yang hadir untuk siri pertama UniKL ini.
Share on Google Plus

About Jawa Bernam

0 comments:

Post a Comment