PRESIDEN BERTEMU KETUA MENTERI MELAKA


AIR KEROH - Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohd Rafi Awg Kechik hari ini membuat kunjungan hormat kepada KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron di jabatan Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri.

Mohd Rafi yang hadir bersama deligasi pusat Nadi Rakyat turut membincangkan tentang program Wacana Pemikiran Anak Muda Zon Selatan yang dicadang diadakan di negeri tersebut dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Ketua Menteri tiada halangan dan sudi memberi kerjasama untuk program tersebut dijalankan di negeri Melaka.

Terdahulu, Program Wacana Pemikiran Anak Muda Zon Utara telah dijalankan dengan jayanya di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala kangsar, Perak yang disertai oleh 211 peserta dari kalangan mahasiswa IPT dan IPTS utara tanahair.





Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment