PROGRAM WACANA PEMIKIRAN ANAK MUDA ZON UTARA

Program Wacana Pemikiran Anak Muda Zon Utara telah pun melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Program 3 hari 2 malam bermula dari 24 Mac hingga 26 Mac 2017 yang bertempat di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak ini telah pun berlangsung dengan jayanya.

Seramai 211 peserta mahasiswa daripada seluruh IPTA dan IPTS Zon Utara telah menghantar wakil mereka untuk bersama-sama mengikut program yang mencakna minda dan mengembangkan idea-idea kreatif dan inovatif untuk menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan datang.

(Gambar program boleh lawati Facebook Fanpage 'The President Of Nadi Rakyat')

Barisan pemimpin-pemimpin hebat juga turut melapangkan masa bersama-sama anak muda mahasiswa ini untuk berkongsi kisah dan perjuangan mereka.

Antara nama-nama besar yang hadir seperti; YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pelajaran), YB Budiman (Ahli Parlimen Sungai Besar), Dato' Armand Azha (Exco Pemuda Malaysia), Dato' Sri Jamal Md. Yunos (Ketua UMNO Sungai Besar), Dato' Reezal Merican (Timb. Menteri Luar), Datin Mastura (Ahli Parlimen Kuala Kangsar) dan beberapa lagi nama besar negara.

Harapan semoga program seperti ini akan diteruskan diserata negara kerap disebut oleh peserta yang hadir untuk siri kedua ini.

NANTIKAN WACANA PEMIKIRAN ANAK MUDA ZON SELATAN!!!
Share on Google Plus

About Jawa Bernam

0 comments:

Post a Comment