Tiada Barangan bantuan dirampas oleh Sami Budha atau Tentera Myanmar.


Ketua Misi Food Flotilla For Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan tiada barang bantuan kemanusiaan yang diturunkan di Pelabuhan Yangon, Myanmar dirampas oleh Sami Budha atau tentera Negara tersebut.

Laporan media yang tular mengenai rampasan tersebut adalah berita pada bulan Disember 2016 dari Berita Harian yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan rasa tiak senang masyarakat terhadap misi ini.

Menurut Azeez, barang bantuan kemanusiaan tersebut masih berada dalam gudang di Pelabuhan Yangon dan masih menunggu tarikh dari tentera Laut Myanmar untuk dihantar ke Sittwe di Wilayah Rakhine.

Kata beliau, pengagihan barangan bantuan di wilayah terjejas tersebut akan disaksikan sendiri oleh pegawai kedutaan termasuk Duta Besar Malaysia di Myanmar seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan Myanmar.

Untuk makluman, membawa barang bantuan sebanak 500 tan dari Pelabuhan Yangon tersebut akan memakan masa 3 hari untuk sampai ke Sittwe menggunakan “Stimmer Ship” yang boleh memuatkan 1000 tan.

Azeez sekali lagi menegaskan bahawa berita mengenai rampasan barangan bantuan oleh Sami Budha dan tentera Myanmar adalah palsu semata-mata.




Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment